Music Note - Background

Monday, May 20, 2013

lawak giler nak mampuss...

Pak Pandir membeli durian
Pak Pandir pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...
Pak Pandir : "Bang harga durian ini berapa?"
Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"
Pak Pandir kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Pak Pandir buat-buat tahu dan cuba menawarinya..
Pak Pandir : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?
Org Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Pak Pandir : "Lahupa.. boleh ya!"
Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Pak Pandir...
Org Asli : "Lahupa itu berapa?"
Pak Pandir : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"

Serahkan pada Yang Di Atas

Pada suatu hari Si Amin disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun. Sedang Amin memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang 'bercekerama'. Maka berdirilah bulu roma Si Amin. Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang semakin mulai gemetar.

Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu, sambil tersendat-sendat dia bicara. "Abang macamana kalau saya hamil nanti? Abang kena bertanggung jawab." "Sudahlah, dik, kita serahkan semua ini pada Yang Di Atas, " jawab si lelaki..

Si Amin terperanjat lalu dia berteriak, "Wah! wah! kamu berdua yang sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak!!"  



Tips - Tips Yang Boleh Anda Lakukan Ketika Boring Berada Di Dalam Lif

1)   Ketika anda hanya berdua dgn org yg tak dikenali, cuit bahunya..! kemudian b'pura2    melihat ke tempat lain..
2)  Buat muka m'gerang kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit
"diam, semuanya diam..!"
3)  Bawa la kamera & ambil gambar semua org yg ade kat dlm lif tu.
4)  Pindahkn meja keje anda ke dlm lif.. jika ada yg masuk, tanyakn apakah mereka sudah membuat temujanji...
5)  B'pura2 menjadi pramugari..! tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan spt. di dlm kapal terbang..
6)  Ketika pintu menutup, beri pengumumuan kpd. semua org..
" bertenang, jangan panik.. nanti pasti akan terbuka lagi..."
7)  Buka la beg tangan anda, sambil melihat ke dlm beg tangan, tanyalah
" eh, cipan...cukup tak udara kat situ..?"
8)  Diam & jgn bergerak sama sekali di sudut lif.. m'hadap dinding, jgn sesekali keluar..!
9)  Dengarkn suara kat dinding lif dgn stetoskop...kot2 boleh dgr suara kentut cipan ke....
10) Buatla garis d lantai sekeliling anda m'ggunakn kapur..lalu beritahu
     " ini adalah wilayah saya....!"

err.... Ini ada rahsia besar..

STERI : Abang tau tak..
SUAMI : Tak tau.. apa dia?
ISTERI : Saya bukan nak cakap besar..dulu sebelum saya kawin ngan abang.. banyak lelaki yg datang meminang saya tapi semua saya tolak kecuali abang
SUAMI : Milah.. abang pun bukan nak cakap besar.. dulu sebelum abang kawin ngan awak banyak awek yg abang pinang tapi semua menolak kecuali awak
ISTERI : Huh!?

Anak Siapa Lagi Baik ?

2 org sahabat yagn lama tak berjumpa...tibe2 terserempak di pasaraya. Kedua-dua ahabat ini mempunyai anak..Dan Bercerita la.

Aini: Iyelah dah lame kita tak berjumpe kan...

Minah:a'a la..da lame kite tak berjumpa..

Aini:Ha..macam mane ngan anak ko Baik tak Perangainyer...

Minah: taklah dia degil..KaW PUlak macam mane?

Aini: Anak aku baik..

Minah:dia selalu balik mlm tak? atau minum arak?

Aini: oh tidak..

Minah:Dia slalu kurang ajar dgn kamu x?

Aini:oh tidak..tidak same sekali..

Minah:Berapa Umurnya

Aini:Ermm..Besok Genap 6 Bulan La.

Minah: Bengang Dan melanjutkan pembeliannya dan Pergi...

Sialan..Puii

Credit : Koleksi Lawak Jenaka

Tuesday, May 14, 2013

Manfaat Dan Kerugian Minum Kopi






Aroma kopi memang sangat mengundang penimat kopi untuk meminumnya.Apalagi maniak kopi , tiada hari tanpa minum kopi, terutama pada pagi hari, malam hari, pada cuaca dingin. bahkan untuk kopi dimimun tanpa mengenal waktu, mau pagi, siang atau malam tiada perduli. Ini mereka lakukan untuk mengusir rasa kantuk, apalagi yang malamnya begadang. Seorang maniak kopi dalam sehari meminum kopi 6 - 10 gelas sehari. Seperti Almarhum Embah Surip meminun kopi sampai 10 gelas sehari. Untuk itu saya akan membahas tentang manfaat dan kerugian kopi bagi kesehatan tubuh kita.
Adapun manfaat minum kopi adalah sebagai berikut :
1. Menurut para ahli kesehatan dua cangkir kopi sehari sehari dapat mencegah penyakit  alzaimer atau
kepikunan, karena dalam kopi mengandung zat yang cukup lengkap bagi generalisasi sel otak.
2. Mencegah kanker prostat pada pria, karena dalam kopi mengandung zat anti toksin. Ini terbukti dalam
penelitian 50.000 pria dalam 4 tahun oleh seorang peneliti kanker prostat, Kathryn Wilson dari Harvard
School of Public Healt. Seorang yang meminum kopi enam gelas atau lebih, kemungkinan terkena
kanker berkurang 60%.
3. Memberikan perlindungan terhadap kanker hati, dalam kopi mengandung zat pelindung bagi kanker hati.
ini juga menurut Kathryn Wilson.
4. Mengurangi resiko penyakit diabetes tipe dua, hasil penelitian Kathryn Wilson.
5. Memberikan efek segar terhadap tubuh, karena dalam kopi mengandung zat kafein yang sering
digunakan pada obat anti nyeri atau obat flu. Oleh karena itu kopi dapat mengusir rasa kantuk.
6. Sebagai obat pertolongan pertama pada anak yang mengalami steep atau panas tinggi yang disertai
kejang. Ini memang belum bisa dibuktikan secara ilmiah atau penelitian, tapi kopi dapat meredakan
steep.

Sedangkan kerugian meminum kopi adalah :
1. Dapat menimbulkan penyakit batu ginjal, atau gagal ginjal. Karena kopi akan mengotori ginjal yang
akhirnya menumpuk di organ ginjal. Untuk menetralisirnya adalah dengan memakan atau meminim
ginseng. Sekarang sudah banyak dijual kopi ginseng dalam kemasan di toko-toko atau super market.
2. Dapat memperparah orang yang terkena penyakit asam lambung atau maag bila meminum kopi, terutama
kopi yang masih asli atau ada ampasnya. Sebagai solusinya minum air kopi yang sudah diekstrak atau
kopi instan.
3. Dapat meningkatka resiko penyakit jantung dan strok, bagi penderita penyakit jantung dan darah tinggi
sebaiknya dihindari. Karena kandungan koffein dalam kopi dapat meningkatkan tekanan darah tinggi.
Tetapi bila terpaksa minum kopi sebaiknya minum kopi instan atau coffeemix, karena kopi instan sangat
kecil kemungkinan meningkatkan tekanan darah, karena kopi instan kandungan kofeinnya lebih rendah
dibandingkan kopi yang masih asli.
Itulah manfaat dan kerugian meminum kopi yang saya ketahui. Semoga tulisan ini bermanfaat bagi saya
khususnya dan bagi pembaca pada umumnya.

Credit : Dehasjay

Saturday, May 11, 2013

12 Mei 2013 tarikh sambutan hari Ibu 2013 di Malaysia



Sebagai anak yang menghargai jasa pengorbanan ibu mereka sudah tentu tahu bilakah tarikh sambutan hari Ibu
Mungkin ada yang terlupa, sebagai makluman seperti tahun sebelumnya hari ibu akan disambut pada minggu ke dua bulan Mei dan untuk tahun ini pada 12.5.2013




Kenapa perlu sambut Hari Ibu?
Tanpa ibu siapalah kita semua di dunia ini, sehebat mana individu itu, kalau tidak kasih dan sayang terhadap ibunya sendiri maka tidak bernilai hidupnya kerana sudah jelas bahawa syurga itu terletak di bawah kaki ibu

Sebenarnya bagi menghargai jasa pengorbanan ibu,sebagai seorang anak itu tidak perlu menunggu pada tarikh sambutannya,bahkan hari-hari yang berlalu itu anggaplah sebagai hari ibu dan melakukan perkara yang membanggakan dan mengembirakan ibu mahupun bapa
Perlu juga diingatkan batasannya ketika menyambut,sebaiknya lakukan perkara seperti berikut

1. Sambutan yang sederhana dan tidak membazir
2. Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah
3. Sebaik-baik sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya
Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat di seluruh pelusuk dunia
Ia juga disambut pada hari yang berbeza di antara negara kerana disebabkan pelbagai asal-usul sejarahnya.

Ada sesetengah pendapat mengatakan sambutan hari ibu adalah haram bagi orang Islam
Dalam pada itu, umat Islam di Malaysia khususnya perlu berhati-hati dan memastikan sambutan hari ibu tidak melanggar hukum syariat
Hal ini kerana,ada sesetengah pendapat mengatakan sambutan hari ibu adalah haram bagi orang Islam kerana asal usul sejarah hari ibu itu yang juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian
Merujuk kepada sejarah, Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka manakala Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mar
Jadi sesiapa yang mendapati sambutan Hari Ibu dapat menggembirakan ibubapa mereka, maka teruskanlah tanpa melebihi batas kewajaran dan syariat agama.

^_^v


Credit : Info Harian & My Sumber.com



Selamat Hari Ibu




...Selamat Menyambut Hari Ibu...

Hmm.. selamat hari ibu buat semua ibu2 di luar sana.. kasih ibu tiada terhingga.. tu la ayat yang sinonim kite dengar dari mana2 mulut orang yang hargai pengorbanan ibu masing2. Pada 12.mei 2013 ni x dapt nak bayangkan. Mesti ramai di antara ank2 yang cuba tuk dekat ngan ibu masing2 walau jauh dari kampung halaman.
X dapat nak lihat dengar suara pun dah jadi kan? .. kalau skrang ni jam dah kul 11.30... apa yang korang boleh bayangkan terhadap ibu masing2 kat kampung? ..tengah memasak kah? tengh main2 dengan adik2 kecik kah? tengah solat kah? tengah ngaji kah? tengah tengok bola kah? (eh tngok bola ngan ayh kot) huhu atau tengah tido?..
Mesti masing2 tertanya2 kan? kalau boleh skang gak nak tepon tnye mak wat pe? sihat ke? dah mkn ke belum? sume benda nak tnye.. huhu... lebih terasa kalau duduk berjauhan.. kite kat johor..mak ayah nun utara sana.. huhu...
Pada aku.. benda2 cam ni memang ak pandang serius... teringat masa kat poli.. mak ak slalu call tnye dah mkn ke blum? ada ke duit blanja lagi? solat x tinggl ke? cam ne blajar boleh bawak ke? ble nak balik kampung? bla bla bla bla.. dan kadang2 mak call suh ingtkan puasa sunat kalau tiba harinya... msti x pernah miss... inikan lagi bulan puasa..memang hari2 call tnye puasa ke x... Mak kan? Mak mne yg nak tengok anak terabai?
Mak cite dlu ak kecik2 nakal naauzubillah... muka comel..putih ala2 cina.. (jd rebutan dek kawan2 mak aku yg nak pengang ak mse kecik2 haha).. ke hulu ke hilirlah jln sorang2 kuar umah senyap2.. mase tu kecik2 umur baru 3 thun rsenye... memang ak ni jenis nak berjaln jerk.. ayh kuar keje.. mak bz kat dapur..ak kuar ikot pintu depan merayau dalam semak.. tp x jauh..sebelah umah jerk.. :p
letih la mak ak mencari.. aleh2 mak ayh aku letak lee gelang loceng kat kaki.. so lepas dari tu nak kesan ak just dengar bunyi loceng jerk... pndai gak idea ayh aku tu.. huhu..  korang mse kecik2 pon mesti ada pengalaman masing2 kan?
ceritanya kat cni.. ak mengharap sangt la pada kawan2 yang ada mak ayah lagi hargai la dorng sementara masih ada.. sbb korang akan rse cam apa yang aku rse.. bile diperlukan.. insan bernama ayh dan mak jugak yg kite cari saat susah dn senang.. pada yang ada mak ayah mungkin kadang2 mereka rse benda tu alah2 biasa.. x de pape pon...(sbb ak kdg2 pernh rse cam tu dlu)
tapi kalau korang jadi ak..korang akan tau cam ne.. ayah aku meninggal tahun 2005 masa ak tingkatan 3.. mak aku meninggal masa ak last semester kat poli thun 2011..  sejak peristiwa tu..ak buat sume dengan sndri..x de lagi dengar suara nasihat mak ayah.. dan x de lagi dorang depan mata.. sume tu dah x de... tinggal ak dengan tanggungjawab jaga adik2 lagi 5 org bawah ak.. tp mujur ada pakcik makcik yg membantu..
So bila tiba hari jadi Mak atau Ayah.. ak cuma tatap kelendar lama2 just bayangkan apa yg aku boleh bg if dorang masih ada... Kalau tiba Hari ibu n Hari Bapa ak just tumpang gembira tengok fb  kawan2 duk upload gambr dorang n family sambut Hari Ibu, Hari Bapa  kat mak ayah masing2... tu je yg ak boleh buat... 
Kadang2 je nasib lau baik ak ada kat kampung dapt lah jenguk kubur mak ayah masa hari jadi dorang n mase sambut Hari Ibu or Bapa... So bg yang masih diberi kesempatan... rajin2 la tepon mak tu just said Selamt Hari Ibu... Stahun sekali je kan?..skurang2 nya nmpak la seri wajah seorang mak tu kan? huhu.. K tangan pon dah letih menaip... Jam pon dah tepat jam 12 mlm... so SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU.... :')

Hargailah Ibu kamu sementara diberi Kesempatan ni...

Mak.. Selamat Hari Ibu... Sampi bila2 pon Mak tetap di hati walaupon Mak dah x de kat cni.. Thanks jaga kami adik beradik selama Hayat mak masih ada dlu... Doa sentiasa kami iringi  walau dimana pon kami berada... sebab masih teringt dan terbayang lirik mulut mak berpesan  "kalau mak ngan ayh dah x de nnti jangan lupa ziarah kubur dan doakan mak ayah"... Ingt sampi bila2..  :')

Friday, May 10, 2013

Kisah Cinta: Cerita Yang Paling Menyayat Hati




 (Jangan baca jika anda mudah teremosi)

Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit,” kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.
“Cantik isteri abang hari ni,” Ahmad mencubit pipi Julia lembut.
“Ayah, ayah, cepat la yah,” Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
“Yelah, yelah, ayah dah siap ni.”
Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. “Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?”
“Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang.” Ahmad berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Julia. “Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung,” Ahmad berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
“Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?” tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.
“Tak ada apa la sayang, rileks… cepat sikit kita sampai kampung nanti.”
“Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa…. jangan laju sangat bang, Julia takut.” Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.
“Rileks Julia, tak ada apa-apa,” Ahmad terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.
“Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?” kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.
“Sudah la tu bang.”
“Ha… tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa….” Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan…. di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan….. BANG!!.
**********************************************************
“Julia….bangun nak,” sayup-sayup terdengar suara emaknya.
Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. “Mana abang Ahmad mak? Macamana dengan suami saya, mak? Liza, Linda….mana anak-anak saya mak?” Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.
“Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?” Julia masih terus menangis.
PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? Don’t go breaking my heart Mom!!
“Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, belajar pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!” emaknya terus merungut sambil berlalu keluar……. dan Julia tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! ”
P/s: Moralnya janganlah suka tidur di petang hari terutamanya anak dara.

Credit : Zon Cinta.Com

Thursday, May 9, 2013

Erti Kehidupan





(◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕)
Jika sebuah TELUR dipecahkan oleh kekuatan dari luar, maka kehidupan di dalam telur akan BERAKHIR..
Tapi..
Jika sebuah telur di pecahkan dari dalam,
maka kehidupan baru telah LAHIR..
HAL-HAL BESAR selalu dimulai DARI DALAM.
ALLAH SWT tidak pernah menjajikan bahawa:
langit itu selalu biru,
bunga selalu mekar,
matahari selalu bersinar,
tapi ketahuilah bahwa DIA selalu memberi,
pelangi di setiap badai,
senyum di setiap airmata, ツ ツ ツ ツ ツ ツ ツ ツ ツ ツ ツ ツ ツ ツ ツ
berkat disetiap cubaan,
jawapan di setiap Doa...
jangan pernah menyerah sahabat.
Terus berjuanglah
(◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕)
life is so beautiful.... ツ ツ ツ ツ ツ ツ ツ ツ ツ ツ ツ ツ
hidup bukanlah tujuan, melainkan perjalanan maka nikmatilah
hidup adalah tantangan, hadapilah
hidup adalah anugerah, terimalah
hidup adalah tugas, selesaikanlah
hidup adalah cita-cita, capailah
hidup adalah misteri, singkapkanlah
hidup adalah kesempatan, ambilah
hidup adalah janji, penuhilah
hidup adalah keindahan, bersyukurlah
hidup adalah teka-teki, pecahkanlah.....
(◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕) 

Share By Friend

Indahnya Bila Kita Cuba Hargai Seseorang..




Lelaki: awak.. dah bangun?
Gadis: (ignore)
Lelaki: awak.. jangan lupa sarapan yer..
Gadis: (ignore)
Lelaki: awak..saya nak pergi kerja ni..
Gadis: (ignore)
Lelaki: awak, saya dah balik..penat nak tidur jap..
Gadis: (ignore)
Lelaki: awak buat apa tu awak? jaga diri yer..
Gadis: (ignore)
Lelaki: awak, walaupun awak diam, saya tetap kan selalu sms awak..
Gadis: (ignore)
Lelaki: awak.. saya rindu awak..
Gadis: (ignore)
Lelaki: awak..saya betul rindu awak
Gadis: (ignore)
Lelaki: awak, tengah buat ape tu? jangan lupa makan taw!
Gadis: (ignore)
Lelaki: awak..saya sakit..sakit rindu..hehe..
Gadis: (ignore)
Lelaki: awak, hari ni saya ada hal skt, nak g hospital..
Gadis: awak sakit ape?
Lelaki: eh eh..awak..saya tak sakit..saya saja jer..hehe, rindu sms dari awak..
Gadis: (ignore)
Lelaki: awak..merajuk lagi yer?
Gadis: (ignore)
Lelaki: awak..kalau esok saya dah takde, maafkan segala kesalahan saya pada awak taw. saya pun maafkan kesalahan awak juga.. saya harap awak pandai jaga diri..
Gadis: (ignore)
Selepas sms terakhir itu,
si gadis tidak lagi menerima sms dari kekasihnya itu..
kerana merasa bersalah si gadis pun sms kekasihnya itu..
Gadis: yer..awak jangan risau kan saya, tahu lah saya jaga diri..awak tengah buat ape tu?
tibe2..
[Adek] kepada lelaki: Abang saya dah meninggal..jangan sms kat NO ni lagi.
# Hargai s'sorang yang ambil berat kat kita , cintai dia seadanya..kerana bila dah tiada menyesal pun tdk berguna. :')

Share By Friend