Music Note - Background

Tuesday, May 7, 2013

Aura Semulajadi


Saya ingin berkongsi cara yang paling ringkas dan jimat untuk kekal bersemangat dan penuh dengan inspirasi dan motivasi. Tak perlu beli nescafe mochaatau air redbull untuk terus bersemangat. Dan tidak perlu juga memakai baju yang mahal dan baru untuk kekal cergas dan bersemangat sepanjang hari. Dan yang paling penting, cara yang akan saya kongsikan nanti memang unik dan lain daripada yang lain. Asas dalam mengekalkan motivasi yang sudah kita sedia maklum iaitu:
1. Sentiasa berdoa dan bersyukur.
2. Sentiasa membaca matlamat.
3. Sentiasa bercakap dengan diri sendiri.
4. Membaca kisah kejayaan orang lain.
5. Mendengar alunan muzik yang boleh membangkitkan semangat.


Tapi terdapat satu lagi cara untuk kita sentiasa bersemangat dan berfikiran positif yang kita sudah terlepas pandang.
Cara ini teramatlah mudah dan saya yakin anda semua mampu lakukannya sendirian mahupun secara berkumpulan. Ia adalah POKOK



Hal ini kerana apabila kita selalu dekat dengan pokok dan alam sekitar, kita akan rasa lebih tenang, bersemangat dan penuh dengan inspirasi. Cubalah~
Mungkin kita kurang menyedari tentang hal ini kerana leka dengan perkembangan teknologi yang pesat dan kemudahan internet yang membuatkan kita selalu terperap di dalam rumah sepanjang masa dan tidak mempunyai masa untuk bersantai di tamandan di bawah pokok kerana sayang untuk meninggalkan teknologi canggih walau untuk 5 minit. Orang-orang Barat cepat mencapai kemajuan kerana mereka suka bersantai di taman bersama keluarga. Telah menjadi kebiasaan bagi mereka dekat dengan pokok-pokok dan alam semulajadi. Oleh kerana mereka selalu dekat dengan alam sekitar, mereka lebih berfikiran positif kerana mereka sentiasa tenang sedangkan kebanyakan daripada mereka bukan beragama Islam seperti kita. Dari pemikiran yang positif,tindakan mereka lebih terarah kepada perkara yang positif dan akhirnya membuatkan mereka selalu mendapat banyak pencapaian yang cemerlang dan positif
Untuk pengetahuan, alam sekitar terutamanya pokok mempunyai tenaga positifnya yang tersendiri dan tenaga ini dikenali sebagai ‘prana’. Setiap kali kita duduk berhampiran atau di bawah pokok besar selama 30-60 minit, tanpa kita sedari, tubuh kita menyerap tenaga positif yang terpancar dari pokok melalui kulit. Kesannya,fikiran kita berubah menjadi lebih tenang dan kita berada dalam emosi yang santai dan stabil. Apabila kita dalam keadaan sedemikian, kita akan menjadi lebih bersemangatdan rasa gusar, risau dan tertekan akan hilang secara tiba-tiba. Masalah yang kita fikirkan selama ini menemui jalan penyelesaiannya. Fikiran yang berserabut menjadi‘ringan’.

Jadi, setiap kali kita berasa resah, gelisah, sedih, tertekan, hati terluka dan yang sewaktu dengannya, carilah pokok yang rendang dan duduklah dibawahnya. Kalau nakpeluk dan cium pokok, pastikan pokok itu bebas dari kerengga dan semut gatal ye. ^_^

Credit : YM Raja Shamri






No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.. Sila Tinggalkan Komen Disini..Terima Kasih ^_^