Music Note - Background

Saturday, May 11, 2013

12 Mei 2013 tarikh sambutan hari Ibu 2013 di Malaysia



Sebagai anak yang menghargai jasa pengorbanan ibu mereka sudah tentu tahu bilakah tarikh sambutan hari Ibu
Mungkin ada yang terlupa, sebagai makluman seperti tahun sebelumnya hari ibu akan disambut pada minggu ke dua bulan Mei dan untuk tahun ini pada 12.5.2013




Kenapa perlu sambut Hari Ibu?
Tanpa ibu siapalah kita semua di dunia ini, sehebat mana individu itu, kalau tidak kasih dan sayang terhadap ibunya sendiri maka tidak bernilai hidupnya kerana sudah jelas bahawa syurga itu terletak di bawah kaki ibu

Sebenarnya bagi menghargai jasa pengorbanan ibu,sebagai seorang anak itu tidak perlu menunggu pada tarikh sambutannya,bahkan hari-hari yang berlalu itu anggaplah sebagai hari ibu dan melakukan perkara yang membanggakan dan mengembirakan ibu mahupun bapa
Perlu juga diingatkan batasannya ketika menyambut,sebaiknya lakukan perkara seperti berikut

1. Sambutan yang sederhana dan tidak membazir
2. Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah
3. Sebaik-baik sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya
Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat di seluruh pelusuk dunia
Ia juga disambut pada hari yang berbeza di antara negara kerana disebabkan pelbagai asal-usul sejarahnya.

Ada sesetengah pendapat mengatakan sambutan hari ibu adalah haram bagi orang Islam
Dalam pada itu, umat Islam di Malaysia khususnya perlu berhati-hati dan memastikan sambutan hari ibu tidak melanggar hukum syariat
Hal ini kerana,ada sesetengah pendapat mengatakan sambutan hari ibu adalah haram bagi orang Islam kerana asal usul sejarah hari ibu itu yang juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian
Merujuk kepada sejarah, Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka manakala Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mar
Jadi sesiapa yang mendapati sambutan Hari Ibu dapat menggembirakan ibubapa mereka, maka teruskanlah tanpa melebihi batas kewajaran dan syariat agama.

^_^v


Credit : Info Harian & My Sumber.com



No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.. Sila Tinggalkan Komen Disini..Terima Kasih ^_^