Music Note - Background

Monday, May 20, 2013

lawak giler nak mampuss...

Pak Pandir membeli durian
Pak Pandir pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...
Pak Pandir : "Bang harga durian ini berapa?"
Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"
Pak Pandir kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Pak Pandir buat-buat tahu dan cuba menawarinya..
Pak Pandir : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?
Org Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Pak Pandir : "Lahupa.. boleh ya!"
Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Pak Pandir...
Org Asli : "Lahupa itu berapa?"
Pak Pandir : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"

Serahkan pada Yang Di Atas

Pada suatu hari Si Amin disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun. Sedang Amin memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang 'bercekerama'. Maka berdirilah bulu roma Si Amin. Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang semakin mulai gemetar.

Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu, sambil tersendat-sendat dia bicara. "Abang macamana kalau saya hamil nanti? Abang kena bertanggung jawab." "Sudahlah, dik, kita serahkan semua ini pada Yang Di Atas, " jawab si lelaki..

Si Amin terperanjat lalu dia berteriak, "Wah! wah! kamu berdua yang sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak!!"  



Tips - Tips Yang Boleh Anda Lakukan Ketika Boring Berada Di Dalam Lif

1)   Ketika anda hanya berdua dgn org yg tak dikenali, cuit bahunya..! kemudian b'pura2    melihat ke tempat lain..
2)  Buat muka m'gerang kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit
"diam, semuanya diam..!"
3)  Bawa la kamera & ambil gambar semua org yg ade kat dlm lif tu.
4)  Pindahkn meja keje anda ke dlm lif.. jika ada yg masuk, tanyakn apakah mereka sudah membuat temujanji...
5)  B'pura2 menjadi pramugari..! tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan spt. di dlm kapal terbang..
6)  Ketika pintu menutup, beri pengumumuan kpd. semua org..
" bertenang, jangan panik.. nanti pasti akan terbuka lagi..."
7)  Buka la beg tangan anda, sambil melihat ke dlm beg tangan, tanyalah
" eh, cipan...cukup tak udara kat situ..?"
8)  Diam & jgn bergerak sama sekali di sudut lif.. m'hadap dinding, jgn sesekali keluar..!
9)  Dengarkn suara kat dinding lif dgn stetoskop...kot2 boleh dgr suara kentut cipan ke....
10) Buatla garis d lantai sekeliling anda m'ggunakn kapur..lalu beritahu
     " ini adalah wilayah saya....!"

err.... Ini ada rahsia besar..

STERI : Abang tau tak..
SUAMI : Tak tau.. apa dia?
ISTERI : Saya bukan nak cakap besar..dulu sebelum saya kawin ngan abang.. banyak lelaki yg datang meminang saya tapi semua saya tolak kecuali abang
SUAMI : Milah.. abang pun bukan nak cakap besar.. dulu sebelum abang kawin ngan awak banyak awek yg abang pinang tapi semua menolak kecuali awak
ISTERI : Huh!?

Anak Siapa Lagi Baik ?

2 org sahabat yagn lama tak berjumpa...tibe2 terserempak di pasaraya. Kedua-dua ahabat ini mempunyai anak..Dan Bercerita la.

Aini: Iyelah dah lame kita tak berjumpe kan...

Minah:a'a la..da lame kite tak berjumpa..

Aini:Ha..macam mane ngan anak ko Baik tak Perangainyer...

Minah: taklah dia degil..KaW PUlak macam mane?

Aini: Anak aku baik..

Minah:dia selalu balik mlm tak? atau minum arak?

Aini: oh tidak..

Minah:Dia slalu kurang ajar dgn kamu x?

Aini:oh tidak..tidak same sekali..

Minah:Berapa Umurnya

Aini:Ermm..Besok Genap 6 Bulan La.

Minah: Bengang Dan melanjutkan pembeliannya dan Pergi...

Sialan..Puii

Credit : Koleksi Lawak Jenaka

Tuesday, May 14, 2013

Manfaat Dan Kerugian Minum Kopi






Aroma kopi memang sangat mengundang penimat kopi untuk meminumnya.Apalagi maniak kopi , tiada hari tanpa minum kopi, terutama pada pagi hari, malam hari, pada cuaca dingin. bahkan untuk kopi dimimun tanpa mengenal waktu, mau pagi, siang atau malam tiada perduli. Ini mereka lakukan untuk mengusir rasa kantuk, apalagi yang malamnya begadang. Seorang maniak kopi dalam sehari meminum kopi 6 - 10 gelas sehari. Seperti Almarhum Embah Surip meminun kopi sampai 10 gelas sehari. Untuk itu saya akan membahas tentang manfaat dan kerugian kopi bagi kesehatan tubuh kita.
Adapun manfaat minum kopi adalah sebagai berikut :
1. Menurut para ahli kesehatan dua cangkir kopi sehari sehari dapat mencegah penyakit  alzaimer atau
kepikunan, karena dalam kopi mengandung zat yang cukup lengkap bagi generalisasi sel otak.
2. Mencegah kanker prostat pada pria, karena dalam kopi mengandung zat anti toksin. Ini terbukti dalam
penelitian 50.000 pria dalam 4 tahun oleh seorang peneliti kanker prostat, Kathryn Wilson dari Harvard
School of Public Healt. Seorang yang meminum kopi enam gelas atau lebih, kemungkinan terkena
kanker berkurang 60%.
3. Memberikan perlindungan terhadap kanker hati, dalam kopi mengandung zat pelindung bagi kanker hati.
ini juga menurut Kathryn Wilson.
4. Mengurangi resiko penyakit diabetes tipe dua, hasil penelitian Kathryn Wilson.
5. Memberikan efek segar terhadap tubuh, karena dalam kopi mengandung zat kafein yang sering
digunakan pada obat anti nyeri atau obat flu. Oleh karena itu kopi dapat mengusir rasa kantuk.
6. Sebagai obat pertolongan pertama pada anak yang mengalami steep atau panas tinggi yang disertai
kejang. Ini memang belum bisa dibuktikan secara ilmiah atau penelitian, tapi kopi dapat meredakan
steep.

Sedangkan kerugian meminum kopi adalah :
1. Dapat menimbulkan penyakit batu ginjal, atau gagal ginjal. Karena kopi akan mengotori ginjal yang
akhirnya menumpuk di organ ginjal. Untuk menetralisirnya adalah dengan memakan atau meminim
ginseng. Sekarang sudah banyak dijual kopi ginseng dalam kemasan di toko-toko atau super market.
2. Dapat memperparah orang yang terkena penyakit asam lambung atau maag bila meminum kopi, terutama
kopi yang masih asli atau ada ampasnya. Sebagai solusinya minum air kopi yang sudah diekstrak atau
kopi instan.
3. Dapat meningkatka resiko penyakit jantung dan strok, bagi penderita penyakit jantung dan darah tinggi
sebaiknya dihindari. Karena kandungan koffein dalam kopi dapat meningkatkan tekanan darah tinggi.
Tetapi bila terpaksa minum kopi sebaiknya minum kopi instan atau coffeemix, karena kopi instan sangat
kecil kemungkinan meningkatkan tekanan darah, karena kopi instan kandungan kofeinnya lebih rendah
dibandingkan kopi yang masih asli.
Itulah manfaat dan kerugian meminum kopi yang saya ketahui. Semoga tulisan ini bermanfaat bagi saya
khususnya dan bagi pembaca pada umumnya.

Credit : Dehasjay

Saturday, May 11, 2013

12 Mei 2013 tarikh sambutan hari Ibu 2013 di Malaysia



Sebagai anak yang menghargai jasa pengorbanan ibu mereka sudah tentu tahu bilakah tarikh sambutan hari Ibu
Mungkin ada yang terlupa, sebagai makluman seperti tahun sebelumnya hari ibu akan disambut pada minggu ke dua bulan Mei dan untuk tahun ini pada 12.5.2013




Kenapa perlu sambut Hari Ibu?
Tanpa ibu siapalah kita semua di dunia ini, sehebat mana individu itu, kalau tidak kasih dan sayang terhadap ibunya sendiri maka tidak bernilai hidupnya kerana sudah jelas bahawa syurga itu terletak di bawah kaki ibu

Sebenarnya bagi menghargai jasa pengorbanan ibu,sebagai seorang anak itu tidak perlu menunggu pada tarikh sambutannya,bahkan hari-hari yang berlalu itu anggaplah sebagai hari ibu dan melakukan perkara yang membanggakan dan mengembirakan ibu mahupun bapa
Perlu juga diingatkan batasannya ketika menyambut,sebaiknya lakukan perkara seperti berikut

1. Sambutan yang sederhana dan tidak membazir
2. Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah
3. Sebaik-baik sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya
Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat di seluruh pelusuk dunia
Ia juga disambut pada hari yang berbeza di antara negara kerana disebabkan pelbagai asal-usul sejarahnya.

Ada sesetengah pendapat mengatakan sambutan hari ibu adalah haram bagi orang Islam
Dalam pada itu, umat Islam di Malaysia khususnya perlu berhati-hati dan memastikan sambutan hari ibu tidak melanggar hukum syariat
Hal ini kerana,ada sesetengah pendapat mengatakan sambutan hari ibu adalah haram bagi orang Islam kerana asal usul sejarah hari ibu itu yang juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian
Merujuk kepada sejarah, Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka manakala Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mar
Jadi sesiapa yang mendapati sambutan Hari Ibu dapat menggembirakan ibubapa mereka, maka teruskanlah tanpa melebihi batas kewajaran dan syariat agama.

^_^v


Credit : Info Harian & My Sumber.com



Selamat Hari Ibu




...Selamat Menyambut Hari Ibu...

Hmm.. selamat hari ibu buat semua ibu2 di luar sana.. kasih ibu tiada terhingga.. tu la ayat yang sinonim kite dengar dari mana2 mulut orang yang hargai pengorbanan ibu masing2. Pada 12.mei 2013 ni x dapt nak bayangkan. Mesti ramai di antara ank2 yang cuba tuk dekat ngan ibu masing2 walau jauh dari kampung halaman.
X dapat nak lihat dengar suara pun dah jadi kan? .. kalau skrang ni jam dah kul 11.30... apa yang korang boleh bayangkan terhadap ibu masing2 kat kampung? ..tengah memasak kah? tengh main2 dengan adik2 kecik kah? tengah solat kah? tengah ngaji kah? tengah tengok bola kah? (eh tngok bola ngan ayh kot) huhu atau tengah tido?..
Mesti masing2 tertanya2 kan? kalau boleh skang gak nak tepon tnye mak wat pe? sihat ke? dah mkn ke belum? sume benda nak tnye.. huhu... lebih terasa kalau duduk berjauhan.. kite kat johor..mak ayah nun utara sana.. huhu...
Pada aku.. benda2 cam ni memang ak pandang serius... teringat masa kat poli.. mak ak slalu call tnye dah mkn ke blum? ada ke duit blanja lagi? solat x tinggl ke? cam ne blajar boleh bawak ke? ble nak balik kampung? bla bla bla bla.. dan kadang2 mak call suh ingtkan puasa sunat kalau tiba harinya... msti x pernah miss... inikan lagi bulan puasa..memang hari2 call tnye puasa ke x... Mak kan? Mak mne yg nak tengok anak terabai?
Mak cite dlu ak kecik2 nakal naauzubillah... muka comel..putih ala2 cina.. (jd rebutan dek kawan2 mak aku yg nak pengang ak mse kecik2 haha).. ke hulu ke hilirlah jln sorang2 kuar umah senyap2.. mase tu kecik2 umur baru 3 thun rsenye... memang ak ni jenis nak berjaln jerk.. ayh kuar keje.. mak bz kat dapur..ak kuar ikot pintu depan merayau dalam semak.. tp x jauh..sebelah umah jerk.. :p
letih la mak ak mencari.. aleh2 mak ayh aku letak lee gelang loceng kat kaki.. so lepas dari tu nak kesan ak just dengar bunyi loceng jerk... pndai gak idea ayh aku tu.. huhu..  korang mse kecik2 pon mesti ada pengalaman masing2 kan?
ceritanya kat cni.. ak mengharap sangt la pada kawan2 yang ada mak ayah lagi hargai la dorng sementara masih ada.. sbb korang akan rse cam apa yang aku rse.. bile diperlukan.. insan bernama ayh dan mak jugak yg kite cari saat susah dn senang.. pada yang ada mak ayah mungkin kadang2 mereka rse benda tu alah2 biasa.. x de pape pon...(sbb ak kdg2 pernh rse cam tu dlu)
tapi kalau korang jadi ak..korang akan tau cam ne.. ayah aku meninggal tahun 2005 masa ak tingkatan 3.. mak aku meninggal masa ak last semester kat poli thun 2011..  sejak peristiwa tu..ak buat sume dengan sndri..x de lagi dengar suara nasihat mak ayah.. dan x de lagi dorang depan mata.. sume tu dah x de... tinggal ak dengan tanggungjawab jaga adik2 lagi 5 org bawah ak.. tp mujur ada pakcik makcik yg membantu..
So bila tiba hari jadi Mak atau Ayah.. ak cuma tatap kelendar lama2 just bayangkan apa yg aku boleh bg if dorang masih ada... Kalau tiba Hari ibu n Hari Bapa ak just tumpang gembira tengok fb  kawan2 duk upload gambr dorang n family sambut Hari Ibu, Hari Bapa  kat mak ayah masing2... tu je yg ak boleh buat... 
Kadang2 je nasib lau baik ak ada kat kampung dapt lah jenguk kubur mak ayah masa hari jadi dorang n mase sambut Hari Ibu or Bapa... So bg yang masih diberi kesempatan... rajin2 la tepon mak tu just said Selamt Hari Ibu... Stahun sekali je kan?..skurang2 nya nmpak la seri wajah seorang mak tu kan? huhu.. K tangan pon dah letih menaip... Jam pon dah tepat jam 12 mlm... so SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU.... :')

Hargailah Ibu kamu sementara diberi Kesempatan ni...

Mak.. Selamat Hari Ibu... Sampi bila2 pon Mak tetap di hati walaupon Mak dah x de kat cni.. Thanks jaga kami adik beradik selama Hayat mak masih ada dlu... Doa sentiasa kami iringi  walau dimana pon kami berada... sebab masih teringt dan terbayang lirik mulut mak berpesan  "kalau mak ngan ayh dah x de nnti jangan lupa ziarah kubur dan doakan mak ayah"... Ingt sampi bila2..  :')

Friday, May 10, 2013

Kisah Cinta: Cerita Yang Paling Menyayat Hati




 (Jangan baca jika anda mudah teremosi)

Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit,” kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.
“Cantik isteri abang hari ni,” Ahmad mencubit pipi Julia lembut.
“Ayah, ayah, cepat la yah,” Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
“Yelah, yelah, ayah dah siap ni.”
Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. “Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?”
“Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang.” Ahmad berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Julia. “Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung,” Ahmad berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
“Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?” tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.
“Tak ada apa la sayang, rileks… cepat sikit kita sampai kampung nanti.”
“Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa…. jangan laju sangat bang, Julia takut.” Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.
“Rileks Julia, tak ada apa-apa,” Ahmad terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.
“Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?” kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.
“Sudah la tu bang.”
“Ha… tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa….” Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan…. di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan….. BANG!!.
**********************************************************
“Julia….bangun nak,” sayup-sayup terdengar suara emaknya.
Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. “Mana abang Ahmad mak? Macamana dengan suami saya, mak? Liza, Linda….mana anak-anak saya mak?” Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.
“Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?” Julia masih terus menangis.
PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? Don’t go breaking my heart Mom!!
“Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, belajar pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!” emaknya terus merungut sambil berlalu keluar……. dan Julia tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! ”
P/s: Moralnya janganlah suka tidur di petang hari terutamanya anak dara.

Credit : Zon Cinta.Com

Thursday, May 9, 2013

Erti Kehidupan





(◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕)
Jika sebuah TELUR dipecahkan oleh kekuatan dari luar, maka kehidupan di dalam telur akan BERAKHIR..
Tapi..
Jika sebuah telur di pecahkan dari dalam,
maka kehidupan baru telah LAHIR..
HAL-HAL BESAR selalu dimulai DARI DALAM.
ALLAH SWT tidak pernah menjajikan bahawa:
langit itu selalu biru,
bunga selalu mekar,
matahari selalu bersinar,
tapi ketahuilah bahwa DIA selalu memberi,
pelangi di setiap badai,
senyum di setiap airmata, ツ ツ ツ ツ ツ ツ ツ ツ ツ ツ ツ ツ ツ ツ ツ
berkat disetiap cubaan,
jawapan di setiap Doa...
jangan pernah menyerah sahabat.
Terus berjuanglah
(◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕)
life is so beautiful.... ツ ツ ツ ツ ツ ツ ツ ツ ツ ツ ツ ツ
hidup bukanlah tujuan, melainkan perjalanan maka nikmatilah
hidup adalah tantangan, hadapilah
hidup adalah anugerah, terimalah
hidup adalah tugas, selesaikanlah
hidup adalah cita-cita, capailah
hidup adalah misteri, singkapkanlah
hidup adalah kesempatan, ambilah
hidup adalah janji, penuhilah
hidup adalah keindahan, bersyukurlah
hidup adalah teka-teki, pecahkanlah.....
(◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕) (◕‿◕) 

Share By Friend

Indahnya Bila Kita Cuba Hargai Seseorang..




Lelaki: awak.. dah bangun?
Gadis: (ignore)
Lelaki: awak.. jangan lupa sarapan yer..
Gadis: (ignore)
Lelaki: awak..saya nak pergi kerja ni..
Gadis: (ignore)
Lelaki: awak, saya dah balik..penat nak tidur jap..
Gadis: (ignore)
Lelaki: awak buat apa tu awak? jaga diri yer..
Gadis: (ignore)
Lelaki: awak, walaupun awak diam, saya tetap kan selalu sms awak..
Gadis: (ignore)
Lelaki: awak.. saya rindu awak..
Gadis: (ignore)
Lelaki: awak..saya betul rindu awak
Gadis: (ignore)
Lelaki: awak, tengah buat ape tu? jangan lupa makan taw!
Gadis: (ignore)
Lelaki: awak..saya sakit..sakit rindu..hehe..
Gadis: (ignore)
Lelaki: awak, hari ni saya ada hal skt, nak g hospital..
Gadis: awak sakit ape?
Lelaki: eh eh..awak..saya tak sakit..saya saja jer..hehe, rindu sms dari awak..
Gadis: (ignore)
Lelaki: awak..merajuk lagi yer?
Gadis: (ignore)
Lelaki: awak..kalau esok saya dah takde, maafkan segala kesalahan saya pada awak taw. saya pun maafkan kesalahan awak juga.. saya harap awak pandai jaga diri..
Gadis: (ignore)
Selepas sms terakhir itu,
si gadis tidak lagi menerima sms dari kekasihnya itu..
kerana merasa bersalah si gadis pun sms kekasihnya itu..
Gadis: yer..awak jangan risau kan saya, tahu lah saya jaga diri..awak tengah buat ape tu?
tibe2..
[Adek] kepada lelaki: Abang saya dah meninggal..jangan sms kat NO ni lagi.
# Hargai s'sorang yang ambil berat kat kita , cintai dia seadanya..kerana bila dah tiada menyesal pun tdk berguna. :')

Share By Friend

Bowling



Sebenarnya ak memang minat main bowling sejak poli lagi. Aku stdy kat Politeknik Premier Ungku Omar Ipoh.. Masa tu minat ak pada sukan bowling ni bila member2 yang perkenalkan permainan ni kat aku.. aku dlu susah nak diajk keluar..kalau member ajk kuar p mana2 bese ak suh dorang gerak dlu..padahal ak stay kat umah tido :p ..  
Ingt lagi.. masa tu nak last2 sem dah.. ada la ckit cam sesi perjumpaan pas exam,, masa tu lah member ajk men bowling ni.. dorang tnye ak boleh men ke? Ak cakap je reti..sebenarnya x pernah pon lagi pegang bola bowling tu keh keh keh... tapi sebab nak cover macho la katakan :p ..
Pada mula ak main.. ak cuma perhatikan member2 men dlu.. bila setle turn dorang masa tu ak cuba tuk buat.. (org kata bile buat bru tahu..x buat x tahu).. dalam hati mcm2 surah ak baca.. takot aku baling nth cam pape.. wat malu jerk.. Alhamdulillah.. orang kata mula2 men bese la kan.. mesti kantoi punya..masuk second round tu dah boleh men dah.. masa tu bru nmpk riak ckit :p ..
Dlu masa bercouple pernah gak ak ajk si dia (ex gf)  main bowling ni.. tp mujur la dye x minat.. sbnarnya ak ajk2 aym jer pon.. keh keh.. lagipon masa tu..kalau kuar ngan si dia..ak mesti ketandusan idea nak kuar p mne..bese idea nak jalan2 sne sni dye je la bagi cadangan..ak duk ikot jerk.. :p
Pernah skali men bowling menjadi.. masa tu kat kedah.. kalau korang nak tau..tu la pertama kali ak jejak kaki ke kedah.. dan pertama kali ak dapat men bowling dengan baik.. masa tu senang giler ak rse dapat strike ni... asal baling je strike.. memang sengit gak la ak men ngan member ak ni.. dye pon x kurang hebat gak men bowling ni.. star la katakan hahaha...ak main masa tu berdua jerk..ngan member aku.. Bob.. dye la orang pertama ajk ak p kedah..masa tu just p amik abg dye jerk..balik cuti stdy.. sblum p amik tu kitaorang singgah men bowling ni..tp x ingt tempt tu apa nme nth... yang gambar atas korang tengok ni..gambar baru lagi.. gambar lepas pilihan raya (mengundi) .. men ngan member2 kampung..
Dlu memang ak berat nak cuba game2 yang cam ni.. sbb x minat nak cuba.. tapi ble dengar awek pon boleh main.. terasa tercabar la plak kan... so cuba la... mungkin korang fikir benda ni remeh,.. bg ak ni la pengalaman aku dengan sukan ni haha..ak dlu jenis x minat nak cuba benda2 baru..ble dah skali pengalaman cam ni ..mle la timbul rasa minat nak cuba benda2 baru ni.. jadi x menjadi tu len cite..yang penting pengalaman aku dengan sume benda yg aku cuba tu huhu...
Kalau2 pergi kuar ngan member2 p shopping ke or saje2 jalan ke..bese ak dah stanby stoking dalam poket..hehe... ni senyap2 la..bese member2 ak mne tau tu... ni saje je kot2 kalau ada member anak ajk men bowling masa tu kan? haha..so senang la.. x yah nak beli stoking.. kan bese kat mana2 tmpt men bowling ni diwajibkan pkai stoking.. hehe... hmm fikirkan balik sbenarnya mcm senang plak ak terpengaruh ngan cara orang kan...
Sbnrnya ak ni orang kampung jerk... bila ak buat sesuatu tu n kuar ngan member2 yang jenis ber '$' ni ak slalu fikir layak x layak ak nak bergaul sangt dengan dorang ni..siyes..sejak dari ayah aku meninggal ak jadi cam ni.. maklumala..masa tu aruah mak je yang ada.. hidup x senang mne.. so bila nak buat sesuatu cam orang len buat ak akan rse serba salah n serba kurang nak buat perbandingan diri ngan member2 lain... memang jauh bese... nak buat apa, nak beli apa, nak tu , nak ni, sume kne fikir.. 
Hmm rsenye ak dah melalut jauh ni.. asal nak cite pasal minat ak ngan bowling..tiba2 bukak topik len... pengaruh novel banyak sangt ni :p .. k la.. rsenye tangan ni dah x larat nak menaip sangt.. Idea tengah2 mlm ni bese kureng ckit bila nak mengarang ni.. nnti la cite pasal benda len lak... k akhir kata.. "MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA" tetiba... :p 
 
 
 
 
 

Wednesday, May 8, 2013

Pesan Rasulullah - Jangan Kahwini 6 Jenis Wanita Ini!!



Pesan Rasulullah - Jangan Kahwini 6 Jenis Wanita Ini!! [Mesti Baca] | Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna,

Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Credit : Newz Media Hunterz

7 Kunci Kejayaan Orang Yang Berjaya



ANDA INGIN JADI ORANG YANG BERJAYA?
apakah anda penakut?
apakah anda pemalas?
apakah anda orang pesimis?
apakah anda takut gagal?
Orang sukses adalah orang yang terus mencuba, meskipun telah mengalami banyak kegagalan. Ia memandang kehidupan sebagai peluang untuk mencapai kejayaan. Bagaimana dan mengapa mereka boleh menjadi teratas di bidang masing-masing, dari sukan, pendidikan, hingga ke perniagaan. Apa sebenarnya yang mereka ketahui dan lakukan untuk menjadi orang berjaya?

Berikut ada tujuh perkara yang dilakukan mereka dalam meraih kejayaan:
1 Orang berjaya berani mengambil risiko
Mereka berupaya untuk mencapai target, melakukan kajian, membuat networking dengan ramai orang, dan ghairah mencuba sesuatu yang baru seiring perkembangan zaman. David C. McClelland, seorang guru besar yang mendalami perjalanan orang-orang yang berjaya serta telah melakukan perjalanan ke banyak negara dan melatih usahawan kecil, menyatakan cara menjadi usahawan kecil yang berjaya adalah dengan menjadi pengambil risiko ; yang mahu terus mengambil risiko untuk meraih kejayaan..Namun begitu berani mengambil risiko mestilah dengan persediaan yang lengkap bukan main terjah sahaja.
2. Orang yang berjaya percaya kepada diri sendiri dan merasakan bahwa mereka berbuat sesuatu untuk dunia.
Mereka memandang sebuah dunia yang besar dan ingin memainkan peranan penting di dalamnya. Mereka tetap bekerja sesuai keterampilan mereka, sambil tetap menyedari bahawa keterampilan memberi nilai kepada keterampilan lainnya. Mereka juga sedar, kerja mereka adalah terbaik akan menghasilkan keuntungan bagi mereka.
3. Orang yang berjaya menikmati apa yang sedang mereka lakukan.
Mereka mampu melihat pekerjaan yang mereka lakukan sebagai sesuatu yang menyenangkan hati ; jika mereka bekerja di mana mereka dapat nampak unggul dan menjadi pekerja terbaik. Orang yang berjaya menyukai persaingan; mereka menikmati pencapaian di puncak permainan mereka.
4. Orang yang berjaya adalah pelajar seumur hidup
Mereka menyedari, pendidikan tidak pernah berakhir tapi dimulai di setiap tingkatan kehidupan dan terus berlanjutan hingga akhir kehidupan. Pendidikan tidak terbatas di ruang kelas; ertinya sentiasa mencuba idea yang baru, membaca buku, surat khabar, majalah, dan menggunakan Internet merupakan bentuk pendidikan.
5. Orang yang berjaya berpandangan positif terhadap apa yang mereka lakukan, dan ini meluas pada hal-hal lain
Mereka percaya gelas itu setengah penuh dan bukan setengah kosong. Mereka menanamkan semangat pada diri sendiri dan dapat membayangkan diri bagaimana mereka berhasil menyelesaikan suatu tugas sukar atau mencapai penghargaan tertinggi. Orang yang berjaya bagaikan pelatih bagi orang lain, dengan memberi pesanan-pesanan positif dalam kehidupan sehari-hari. Mereka gembira melihat orang lain membuat tonggak sejarah dalam kehidupan mereka.
6. Orang yang berjaya mempunyai banyak cara untuk memotivasi diri sendiri.
Ada yang dengan cara melakukan beberapa cara setiap hari pada bidang berbeza. Seorang pemuda memotivasikan dirinya sendiri dengan mencuba mendapatkan lebih banyak wang daripada kakaknya. Seorang wanita berusia 29 tahun menjadi doktor terkemuka untuk menunjukkan kepada bekas gurunya bahawa dia memiliki keterampilan dan kecerdasan layak untuk mencapai profesion itu.
7. Orang yang berjaya menyelesaikan tugas bukan separuh jalan, dan mereka menggunakan cara kreatif dalam meraih kejayaan.
Meskipun mungkin memerlukan waktu lebih lama, mereka akhirnya mencapai garis penamat. Mereka manfaatkan masa dengan baik dalam mensinergikan kemampuan fizikal dan mental untuk mencapai kejayaan.

Siapa tahu kita pun mampu mengikuti jejak mereka.
7 Kunci Kejayaan ini merupakan salah satu rumusan untuk ebook Mentor Jutawan .
Niat saya hanya untuk berkongsi kepada pembaca isuhangat supaya dapat memberikan motivasi kepada kita supaya selalu menjadi orang yang TIDAK penakut, pemalas, pesimis dan takut kegagalan..
Credit : Mohd Zahar Ibrahim

Bercouple Semasa Belajar





Kalau kita tengok remaja zaman sekarang ni, kapel dan remaja macam tak dapat nak dipisahkan. Ibarat kalau korang takde pakwe/awek ni macam korang ni kuno sangat.Sangat tak setuju bila budak-budak sekolah yang baru tingkatan 1-5 dah sibuk nak cari pasangan hidup.
Macam mana pulak dengan mereka yang bercinta di alam universiti ni? Yang bertemu jodoh masa sama-sama belajar dekat matrikulasi ni?
Cuba anda lihat banyak kesan negetif bercouple semasa belajar

Kesan negatif bila berkapel semasa belajar:

  1. Hilang fokus dan matlamat asal masuk universiti.
  2. Masa yang sepatutnya dihabiskan untuk study/buat assignment dihabiskan untuk berborak kosong dalam telefon/pujuk kekasih yang merajuk.
  3. Dating.
  4. Sanggup berjaga malam sebab nak bergayut dengan si dia tapi tak sanggup nak berjaga malam sebab nak solat tahajud.
  5. Sanggup habiskan duit nak belanja si dia makan pizza tapi tak sanggup habiskan duit untuk beli buku-buku ilmiah.
  6. Paling penting, kapel tu jalan menghampiri zina.

Tujuan korang berkapel ?
Ada tu yang bertukar pasangan macam tukar baju. Kapel sebab nak isi masa lapang ke? Atau bila ada kapel barulah tak nampak macam korang ni tak laku.Tak terasa ke membazir masa dan duit korang bila berkapel semasa belajar ni ?

Credit : Laman Sains

Pilihanraya Punya Pasal


PRU13 punya pasal, pengundi pikir pagi petang. Pikir punya pikir, Pikir punya pikir, Pikir punya pikir, pengundi penat. Puas pikir. Patutke pangkah parti pemerintah? Patutke pangkah parti pembangkang? Pehhhh ! Pastinya, pengundi pakat-pakat pegang pensil pada pagi pengundian pangkah parti pilihan. Pengundi pos pulak pangkah parti pe?
Pada pagi pengundian, parking punyalah penuh. Petugas-petugas pun parking pinggir pusat pengundian. Pelik! Pelik! Pelik! Pelah punya pengurusan pilihanraya. Pangkah pemimpin pilihan. Pangkah parti pilihan. Pasal pulak perlu pangkah? Patutnya...pegang pen parker, pensil patah & pastikan pengundi padankan parti & pemimpin pilihan. Padamkan parti & pemimpin parti pentingkan poket & periuk peribadi & proksi persendirian.
Pastu...pemandu-pemandu pun punggah pengundi pakai Produa, Proton Preve, Pajero, Pegeot, pickup. Puas! puas! puas! Pengundi puas pergi pusat pengundian.
Pangkah parti pilihan, pengundi perlahan-lahan pergi pasar. Pengundi pulun
pasembur. Pasembur pulak punyalah pedas. Pengundi pinta penawar pedas. Penjual pun potong-potongkan pisang. Pengundi pun pulun potongan-potongan pengat pisang. Pedas pasembur pun pudar.
Pemuda? Pemuda pikat puteri pasal puteri pada pagi pengundian pakai punyalah power. Pemuda pun pasang poster pada pokok pisang. Pemuda pasang pakai paku payung. Pung pang pung pang pung pang. Paku pulak patah. Pemuda pun pedap. Puteri pulak? Puteri pujuk pemuda. Puteri pandang pemuda penuh perhatian. Puteri pun perlahan-lahan pesan “ Pasang poster perlu pandai, pantas & pakar” . Puteri pasang poster pada pagar pejabat parti. Pemuda pun pakat-pakat pasang poster parti perlahan-lahan. Pastu pemuda & puteri pakat-pakat pergi pusat pengundian. Pilih parti & pemimpin pilihan.
Pada petang pengundian, punyalah panas. Pegawai pilihanraya pesan pengundi pompuan pakailah payung. Pengundi pemuda pulak pakailah pelikat putih.
Panorama Pusat Pengumpulan Pengundian.
Pengumuman Penting Pengerusi Pilihanraya Pukul pat pagi.
Pemenang Pru13 : Parti ......? Parti pe?
PM pasca PRU13? Pemimpin Parlimen Pekan, Pahang? Pemimpin Parlimen Permatang Pauh Pulau Pinang? Pemimpin Parlimen Pagoh? Pemimpin Pulaumelaka? Pemimpin Parlimen Putrajaya?
Pup! Pelita padam.

Credit: Gempak!

Tuesday, May 7, 2013

Teknik Asas Menghafal






Apabila ditanya tentang cara menghafal, pelajar akan terbayangkan nota-nota yang dipenuhi tulisan yang perlu dihafal. Memang susah hendak menghafal, terutamanya jika tulisan-tulisan itu semua sukar untuk dibaca. Ini membuatkan pelajar rasa tidak bersemangat untuk menghafal.
Adakah memang sukar untuk menghafal? Mungkin…. mungkin sukar jika anda tidak tahu caranya yang betul.
Untuk menghafal, anda perlu tahu satu perkara asas. Apakah bahasa memori kita? Bahasa Melayu? Bahasa Inggeris? Bahasa Cina? Atau bahasa India? Untuk mengetahuinya, jawab soalan ini.
Jika saya sebut perkataan kucing, apakah yang terbayang difikiran anda? Adakah perkataan K.U.C.I.N.G. ? atau gambar seekor kucing? Tentu gambar seekor kucing bukan?
Maksudnya, bahasa otak kita adalah ‘gambar’. Disebabkan itu, kita lebih mudah mengingat gambar dari perkara lain seperti tulisan. Jadi, jika anda merasa sukar untuk menghafal, jangan risau. Bukan anda memiliki daya pemikiran yang lemah, tetapi, anda mungkin selama ini cuba menghafal tulisan, bukan gambar.
Apa yang perlu anda fikirkan sekarang ialah, bagaimana caranya untuk anda menukarkan semua nota anda dalam bentuk gambar…
Credit : Osman Affan

Aura Semulajadi


Saya ingin berkongsi cara yang paling ringkas dan jimat untuk kekal bersemangat dan penuh dengan inspirasi dan motivasi. Tak perlu beli nescafe mochaatau air redbull untuk terus bersemangat. Dan tidak perlu juga memakai baju yang mahal dan baru untuk kekal cergas dan bersemangat sepanjang hari. Dan yang paling penting, cara yang akan saya kongsikan nanti memang unik dan lain daripada yang lain. Asas dalam mengekalkan motivasi yang sudah kita sedia maklum iaitu:
1. Sentiasa berdoa dan bersyukur.
2. Sentiasa membaca matlamat.
3. Sentiasa bercakap dengan diri sendiri.
4. Membaca kisah kejayaan orang lain.
5. Mendengar alunan muzik yang boleh membangkitkan semangat.


Tapi terdapat satu lagi cara untuk kita sentiasa bersemangat dan berfikiran positif yang kita sudah terlepas pandang.
Cara ini teramatlah mudah dan saya yakin anda semua mampu lakukannya sendirian mahupun secara berkumpulan. Ia adalah POKOK



Hal ini kerana apabila kita selalu dekat dengan pokok dan alam sekitar, kita akan rasa lebih tenang, bersemangat dan penuh dengan inspirasi. Cubalah~
Mungkin kita kurang menyedari tentang hal ini kerana leka dengan perkembangan teknologi yang pesat dan kemudahan internet yang membuatkan kita selalu terperap di dalam rumah sepanjang masa dan tidak mempunyai masa untuk bersantai di tamandan di bawah pokok kerana sayang untuk meninggalkan teknologi canggih walau untuk 5 minit. Orang-orang Barat cepat mencapai kemajuan kerana mereka suka bersantai di taman bersama keluarga. Telah menjadi kebiasaan bagi mereka dekat dengan pokok-pokok dan alam semulajadi. Oleh kerana mereka selalu dekat dengan alam sekitar, mereka lebih berfikiran positif kerana mereka sentiasa tenang sedangkan kebanyakan daripada mereka bukan beragama Islam seperti kita. Dari pemikiran yang positif,tindakan mereka lebih terarah kepada perkara yang positif dan akhirnya membuatkan mereka selalu mendapat banyak pencapaian yang cemerlang dan positif
Untuk pengetahuan, alam sekitar terutamanya pokok mempunyai tenaga positifnya yang tersendiri dan tenaga ini dikenali sebagai ‘prana’. Setiap kali kita duduk berhampiran atau di bawah pokok besar selama 30-60 minit, tanpa kita sedari, tubuh kita menyerap tenaga positif yang terpancar dari pokok melalui kulit. Kesannya,fikiran kita berubah menjadi lebih tenang dan kita berada dalam emosi yang santai dan stabil. Apabila kita dalam keadaan sedemikian, kita akan menjadi lebih bersemangatdan rasa gusar, risau dan tertekan akan hilang secara tiba-tiba. Masalah yang kita fikirkan selama ini menemui jalan penyelesaiannya. Fikiran yang berserabut menjadi‘ringan’.

Jadi, setiap kali kita berasa resah, gelisah, sedih, tertekan, hati terluka dan yang sewaktu dengannya, carilah pokok yang rendang dan duduklah dibawahnya. Kalau nakpeluk dan cium pokok, pastikan pokok itu bebas dari kerengga dan semut gatal ye. ^_^

Credit : YM Raja Shamri






Tips-tips Belajar Dengan Berkesan





1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
- Kita ingat 10% apa yang dibaca
- Kita ingat 20% apa yang didengar
- Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat
- Kita ingat 70% apa yang dicakapkan
- Kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
4. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar). Ulangkaji sekerap mungkin.
5. Manfaatkan kemahiran mengingat:
- Tampal nota-nota penting di dinding - Gunakan kaedah akronim
- Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
- Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
6. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
7. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat yang biasa dilihat.
8. Cekap mengatur jadual belajar: Mempunyai jadual belajar, Patuh kepada jadual, Buat jadual yang boleh diikuti
9. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.
10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk.
11. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas Berjaya belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan atau sesuatu yang menghiburkan hati.
12. Buat Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
13. Berbuat baik kepada guru. Sentiasa menghormati dan menyayangi guru.
14. Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

Credit :Dr Fadhilah Kamsah

Monday, May 6, 2013

Cerita Jiwang



Cerita nih khas untuk para2 mat-mat jiwang atau minah jiwang!Cerita ni sesuai untuk yang sedang di lamun cinta, sedang mencari cinta, yang putus cinta atau pun tak pernah bercinta. Jika korang semua bukan mat atau minah jiwang atau budak angau korang abaikan lah emel aku nih!!!
Ada satu cerita mengenai seorang lelaki yang paras rupanya tidak lah sehensem tom kurus dan tidak pula macho seperti leornardo dikopi cino ataupun segagah arnold susah nak eja!
Tetapi dia seorang yang kaya ... sungguh kaya ... tetapi bukan kaya harta macam harta ismith ulam raja (bukan raja azrina tau), tetapi dia seorang yang kaya budi bahasa, penuh sopan santun dan juga seorang pendiam. Diam-diam pun, diam ubi berisi!!! Al kisahnya, lelaki yang aku maksud kan itu bernama andika (bukan nama sebenar), dia merasa kehidupannya kosong macam tin kosong, dia cemburu melihat kawan-kawannya yang sedang dilamun cinta. Andika juga seperti kawan2nya yang lain, ada perasaan, ada hati dan juga limpa. Dia sungguh dahagakan kasih sayang seorang kekasih, dahagakan belaian seorang gadis impian dan juga dahagakan air sirap kedai pak mat!
Pada satu hari, ketika dia sedang berlalu di tepi2 jalan di sebuah shopping kompleks, dia terpandang wajah seorang gadis yang mukanya sungguh ayu tetapi bukan siti noridayu, lalu dia mendekati gadis itu yang wajahnya iras-iras pelakon idola iaitu sharifah aleya. Paras muka gadis itu sungguh cantik, gebu dan juga halus macam benang halus! Andika tidak tahan lagi, sampai bila dia harus tunggu, sampai bila harus dia menahan lalu dia terus mencari... . dan terus mencari... akhirnya dia dapat juga jumpa toilet, sejak pagi tadi menahan nak buang kecil! Selepas menunaikan hajat kecil, dia tercari2 di manakah kelibat gadis itu, akhirnya dia berputus asa untuk mencari gadis itu. Lalu pulang kerumah. Keesokannya, andika telah terlewat ketempat kerja, kelam kabut dibuatnya, pasti bos (bukan amir basha tau) dia marah giler kat dia.
Inikan bukan kali pertama dia lewat ke tempat kerja, dah la datang lambat, balik nak cepat jer... mana tak bos nya marah.Tanpa dia sedari, terdapat seorang pekerja baru ditempatkan bahagian jabatannya. Pekerja itu seorang perempuan.Apabila andika dapat tahu mengenai berita itu, dia terus mencari siapakah gadis itu. Andika tertanya2 siapa gadis tu? cun kah dia? lawa kah dia tu? cantik kah dia tu? eh sama la tue... .Andika terus mencari dan akhirnya dia jumpa juga pekerja baru tuh.
Alamak!!! Andika terkejut, dia kaget... sungguh tak sangka kuala lumpur ni kecik (bukan nora tau) jer, pekerja baru tu sebenarnya adalah gadis yang sama ketika dia terserempak sekitar shopping kompleks semalam! Alangkah gembiranya dia apabila gadis itu berkerja di tempat beliau. Dia memberanikan diri untuk menegur, dia sudah nekad... dia sudah memerhatikan sejak dari tadi, lalu dia terus mendekatinya dan apabila saat menghampirinya, tangannya menggeletar... dia sudah nekad dan akhirnya dapat juga dia mencapai pen biru di atas meja nya!
Andika mula menulis surat cinta untuk di beri pada gadis itu, wajah gadis itu asyik berlegar2 di ruang kepalanya, andika sudah mula angau... asyik melayani perasaan. Satu persatu madah dia menulis surat cinta. Surat cinta bunyinya lebih kurang begini :
"Kasihku... setiap kali aku terpandang wajahmu, ku rasa bagaikan kemilau jingga menyinari hidupku, bagai gerimis membasahi dihatiku, bagai kuntuman senyuman menyeri pagi... kau lah bungaku... kau lah gadis ku... yang amat ku cintai... . "
Pergghhhh ... . tak larat... . tak larat dengar ayat-ayat jiwang andika nih! pasti gadis tu terpikat dengan gaya bahasa andika yang sungguh indah yang sungguh puitis sekali. Selepas andika meletakkan surat cintanya di atas meja gadis itu, andika tidak sabar menunggu keputusan dari gadis itu. Apakah gadis itu akan membalas surat beserta cintanya? Akhirnya... yang ditunggu2 sudah pun tiba, yang dinanti2kan sudah pun menjelma... sekeping warkah berwarna purple bertinta kan warna merah... . pasti membuatkan andika tersenyum lebar darab panjang darab tinggi! Ketika membuka warkah yang sungguh harum itu yang menusuk di lubang hidung, andika tidak dapat menahan lagi lalu dia terus bersin... "waahhhhh ... surat pun nak letak minyak wangi ke... " kata andika yang tidak sabar membaca isi kandungan surat itu. Surat itu tertulis :

"Cintaku bukan di atas kertas, cintaku getaran yang sama, tak perlu dipaksa tak perlu dicari."

Alangkah terkejutnya dia, sungguh dia tak sangka... . ayat2 yang tertulis di dalam surat itu sebijik macam lagu siti nurhaliza. Siul betul ... .. Hampeh ... . Apa lagi, terus andika mengonyok surat dan buang ke dalam tong sampah... %#!$*&?+$^%

Tamat ... . :p

Lawak Pecah Perut... Politik Mali




Hahaha..... gelak giler2....

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu
: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera!
Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan
keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu :
Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu
semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya,
kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan
itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Pendapat Perempuan pada Lelaki






Hahaha..... udah x tau nak kata apa~..

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool gila...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...


kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!


kalau lelaki handsome menolong perempuan yang diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan itu!


kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknyameliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya).. .


kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi.. .


kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...


kalau lelaki handsome tak mahu bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau-kalau gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mahu bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...


kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....


kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?  

Cik Kucing Nak Berpantun Jugak..





Huwahaha..Haha Haha



BUAH CEMPEDAK DI LUAR PAGAR 
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN 
KENAPA KAU NAK JOLOK PAKAI GALAH 
SEBAB CEMPEDAK TU DAH JATUH KAT LUAR PAGAR . 


KALAU ADA SUMUR DI LADANG 
BOLEHLAH HAMBA MENUMPANG MANDI 
PATUTLAH BAU BADAN KAU BUSUK SEMACAM 
BILIK AIR ADA, BUAT APA KAU MANDI KAT LADANG.. 


PISANG EMAS DIBAWA BERLAYAR 
MASAK SEBIJI DI ATAS PETI 
KAT PASARAYA TAK ADA HUTANG HUTANG 
KALAU NAK, BAYAR, CASH ON DELIVERY 


KALAU ADA JARUM YANG PATAH 
JANGAN DI SIMPAN DI DALAM PETI 
KESIAN BETUL DENGAN KAU NI 
JARUM PATAH PUN KAU SIMPAN DALAM PETI. 


DUA TIGA KUCING BERLARI 
MANA NAK SAMA SI KUCING BELANG 
KALAU KAU BERANI KEJARLAH KUCING TU 
MESTI KAU KENA CAKAR SAMPAI BERBELANG-BELANG GAK.. 


KAJANG PAK MALAU KAJANG BERLIPAT 
KAJANG HAMBA MENGKUANG LAYU 
KAIN PAK MALAU, MAK LIMAH YANG LIPAT 
KAIN AKU, SI PENCURI YANG SAPU 


RUMAH PAK MAMAT DI TEPI SAWAH 
PAKAI LANGSIR BERWARNA BIRU 
OOI PAK MAT, LANGSIR WARNA BIRU TAK LAWA LAH 
PAKAILAH WARNA KUNING KE, HIJAU KE, KELABU ASAP KE. 


AIR PASANG DALAM SURUT PUKUL LIMA 
NYONYA BANGUN PAGI SIRAM POKOK BUNGA 
HALOO NYONYA, MAU TANYA SIKIT 
SIRAM POKOK BUNGA AJE, TAK JUAL SAYUR KA? 


TUAI PADI ANTARA MASAK 
ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN 
KALAU PADI TU BELUMLAH MASAK 
JANGANLAH TUAI, TAKLAH LAYU-LAYUAN. . 


LIMAU PURUT MASAK DI DAHAN 
BATANG SELASIH CONDONG URATNYA 
LIMAU PURUT TAK BOLEH MAKAN 
NANTI SAKIT PERUT APA UBATNYA. 


PULAU PANDAN JAUH KE TENGAH 
GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA 
BUAT APA NAK KE PULAU PANDAN YANG JAUH TU 
PERGI AJE KE KAMPUNG PANDAN 


SORONG PAPAN TARIK PADAN 
BUAH KERANJI DALAM PERAHU 
TOLONGLAH JANGAN MAKAN BUAH KERANJI TU 
NANTI BADAN KAU ORANG BERBAU. 


HAYYA CIK SITI, PEREMPUAN BANYAK MUDA 
ANA BANYAK TAKUT JALAN TUTUP MATA 
MEMANGLAH TAKUT KALAU JALAN TUTUP MATA 
SEBAB TAKUT TERPIJAK LUBANG INDAH WATER 


ENCIK BABA JATUH DALAM PARIT 
CIK AMINAH KETAWA JERIT JERIT 
SAMPAI HATI CIK AMINAH KETAWAKAN SAYA JERIT-JERIT 
MENTANG-MENTANGLAH SAYA JATUH DALAM PARIT 


BUAI LAJU LAJU 
SAMPAI POKOK SENA 
WOII, JANGAN BUAI LAJU-LAJU 
NANTI KANG TERCAMPAK KAT POKOK SENA 


TIMANG TINGGI-TINGGI 
SAMPAI CUCUR ATAP 
CUCUR ATAP TAK SEDAP 
CUCUK PISANG, CUCUR UDANG, HAAA TU SEDAP